Latest Posts

Friday, January 1, 2016

Research poster

      Hurmmm nak buat macamna kan , nama pun belajar , kena la buat macam macam walaupun benda tu menjahanamkan kita hahaha. Aku sebenarnya mals nak buat poster poster ni tapi dah terpaksa nak buat macammana kan hahaha , so aku buatlah satu poster berdasarkan thesis aku yang dah siap minggu lepas , aku pulun sehabis mungkin untuk siapkan research poster aku ni. Walaupun berat untuk aku siapkan tapi aku cuba. Aku buat sikit research pasal poster untuk aku design lagi cantik dan menarik. aku come up with poster yang simple, elegan dan menarik chewaahhhh (bagi aku la ). Tapi pendapat orang lain mana la aku tahu hahahaha. Aduii apa lagi aku nak tulis ni untuk cukupkan 25 post dah la aku malas gila babeng dah ni. Aku rasa aku berhenti sampai 22 je ni sebab harini aku ingat nak rehat , ye lah baru je habis exhibition aku semalam kan takkan terus nak buat kerja gila gila.

    So back to poster FYP , aku sebenarnya ada masalah sebab citation tu , citation yang lecturer aku nak dalam format APA dan masalah aku ada sebab aku banyak baca e-books dan selalunya e-books ni tak banyak details tentang penulis apa semua tu tapi nak tak nak aku google lah balik tentang author tu , hurmmmm. Part literiture review tu pulak part paling penting, panjang dan paling malas nak buat sebab kena baca and buat some research baru boleh buat , penat seyhh tap hasilnya boleh tahan la bagi aku , ni posternya , enjoy :)





              
lawa tak ? aku tahu korang mesti tak faham punya hahahaha



Thursday, December 31, 2015

FYP Exhibition




   Untuk subject port-folio kami disarankan untuk buat exhibition , kalau tak mahu buat pun takpa tapi failed laa hahaha. Thesis yang aku cerita haritu pun kenalah buat poster untuk di exhibit kan. Kami ambik approval dari tingkat 30 from admin untuk tampal poster poster kat lif invite orang untuk memeriahkan lagi kami punya exhibition dan cari sponsor untuk baju kami sekali. Harap kat UniKL sponsor memang haramlah hahaha.Lagi satu , sound system pun ada orang sponsor hahaha hebat kan , oranglain semua pakai yang default je tapi kami sound system pun orang sponsor. Memang gila lah , bagi aku kami punya exhibiton memang meriah gila tapi masalahnya satu je , hari exhibiton yang ditetapkan tu exam week yang memang student semua tak sempat nak lepak sebab ada exam and depa pun serabut nak fikir exam lagi memang taklah kalau nak lepak melepek enjoy hahaha. Bagi aku benda ni jauh lagi syok dari exhibition sebelum ni yang ni lagi meriah as ada band yang perfom , suara pun boleh tahan and ada lecturer yang enjoy menyanyi sama sama and aku pun ada anjurkan game street fighter hahaha walaupun ada sorang je outsider yang masuk. Tapi dia pulak juara macam haram hurmmm.

          Hadiah untuk pemenang street fighter tu adalah 'percutuin ke gsc' bak kata aku punya emcee hahahaha macam haram. Memang sengit gila final bila kawan aku yang masuk bertanding street fighter tu memang tak pernah main pun street fighter sebelum tu tiba tiba pro babis hahahaha. Ape-apepun tahniah kepada pemenang yang ajet ajet cool je hahahaha. Tahniah....

     Dan and lecturer yang menyanyi sekali time exhibition , enjoy :)














Kami punya baju :)

     

Sunday, December 20, 2015

FYP thesis


      Hurmmm sebut nama thesis pun dah boringkan ? tapi apakan daya terpaksa buat demi markah , nak ikutkan hati memang lah malas nak buat semua tu tapi aku ni lain , bagi aku report lah benda yang aku tak payah nak pening kepala sebab selalunya nya time aku buat report lebih kurang sama dengan aku buat blog , aku just tulis apa yang ada kat dalam kepala aku so bagi aku benda tu tak membebankan sangat jika dibanding kan dengan subject lukis yang jauh lebih berat bagi aku , memang lah thesis ni ada  format gila gila tapi as long kau tahu apa yang kau buat and try guna bahasa sendiri aku rasa okey kot sebab lecturer nak tengok kau buat sendiri daripada kau copy paste bajet ayat power. Aku pun english berterabur tapi aku bedal je sampai ada lecturer yang kata ayat aku berterabur tapi dia nampak effort aku buat 100% dengan usaha sendiri without copy paste. Satu lagi lecturer aku ni pun jenis yang rajin baca satu satu so whats the point copy paste at the end kau akan kantoi jugak kan ? And takde reason untuk kau cakap kau tak pandai buat thesis sebab lecturer dah ajar semua siap suruh tulis depan sorang sorang macam mana nak buat citation dengan betul. Cuma mungkin sebab malas , and copy paste tu dah jadi trend student kot.


     So sampai bila kau nak copy paste ? memang lah susah nak buat thesis tapi kalau kau kerja nanti ditakdirkan kau kena buat report acaner ? or kau ada rancangan nak sambung master atau PhD yang required kau buat thesis , mau tak angau kau nak start balik dari awal. Atleast benda ni kau dah pernah buat. betul tak ? :)









-TAMAT-

Interview



      Aku haritu ponteng kelas sebab malas , motor rosak , train naik harga , keta overhaul so aku buat keputusan dok melepek kat rumah layan layan youtube sampai pukul 3 hahaha wasted teruk rasa. So aku memang aim aku haritu untuk tak mahu buat ape2 macam Bruno Mars kata " today I dont want to do anything" So memang aku lepak lah sambil layan youtube , keluar makan pun tak , masak maggi dengan hotdog je, game pun aku tak main haritu. Tuptup budak rumah aku datang mintak tolong berlakon satu video interview memang aku terkejutlah tetibe kena berlakon pulak , dah la jadi interviewer. Aku ni pulak jenis keras depan camera hahahahaha.Kawan aku ni cakaplah alaa tolong lah , cincai je sebab budak rumah aku semua gi kelas so tinggal dua orang je lagi yang tak gi kelas so terpaksa la kami berlakon kejap hahahha. Nasib baik camera DSLR budak rumah aku tu ade. Kawan aku ni pulak teammate dia baru cakap yang hari tu last submit video tu memang kalut la dengan haritu nak buat skrip , haritu jugak nak buat storyboard and haritu jugak nak edit last last memang cincai jadinya hahahaha. Bukan salah pelakon ye salah director.



Video tu sebenarnya tentang camna nak interview and apa nak dibuat and apa yang tak payah buat , so ni videonya, harap enjoy :)




-TAMAT-

Malaysia Kelisa Owner Club

    Hahahaha sebenarnya tak tahu nak cerita apo deh , so tulis laaa pasal kereta , kereta tak dak la lawa sangat tapi boleh . Baru ja angkat kereta ni pun , dapat rezeki sikit , nak angkat first hand myvi tak mampu , dapat kelisa pun okaylah.So nak dijadikan cerita , aku dah kumpul lama dah nak repair kancil yang usang makan dek usia dan apabila cukup duitnya aku pun call la mechanic yang juga kawan aku cakap nak tukar engine. Dia cakap okey nanti dia check store tengok half cut ada ke tak sebab dek keusangan kereta kancil aku tu , aku ingat ambik half-cut dari jepun terus and convert terus lepastu catlah. Tapi amat menyedihkan apabila pomen tu call balik cakap ada half cut 1000cc je and untuk makluman kancil aku hanya 660cc so in order aku nak masukkan enjin 1000cc aku perlu pakai disc brake belakang. So aku cakap hurmm takpelah seribu cc pun janji masuk and 1000cc lagi padu dari 850 kata aku dalam hati. Tup tup kawan aku si pomen tu cakap Disc brake belakang untuk kancil very rare and limited so harga pasaran boleh jadi sampai 800 fuhh gila babi so total untuk aku tukar enjin lebih kurang 7k. So kalau 7k baik aku angkat kelisa terus . Bincang dengan parent ape bagai tuptup mak aku setuju tambah 8k lagi untuk angkat kelisa , fuhh settle baik ambik kelisa.




       So aku call kawan kawan yg lain dan abang aku suruh tolong surver kelisa below 15 k, nasib aku baik gila babi sebab ada model kelisa Imago yang rare sekali nak jumpa sebab last model untuk kelisa sebelum di gantikan dengan Viva yang selalunya harga 15k keatas abang aku jumpa kat Seremban harga tak sampai 14k. Tapi masalah sekarang owner dia nak cash dan rumah dia dekat Seremban. Bapak jauh Seremban dan aku pun tak pernah sampai Nogori , boleh jadi sesat tuu. Tapi Alhamdulillah aku akhirnya dapat gak beli Kelisa tu , Dah dapat Kelisa apa lagi , join la kelab kawan aku Malaysia Kelisa Owner Club yang aku tak tampal pun sticker walhal ada je hahahaha so takde beza join ke tak club ni hahaahhah.





Beli beli je terus tinted 


Masuk 80% tinted baru macam anak raja siam wahahaha


HUH tak tinted pun dah lawa babeng dah perghhhhh


PK movie review

   Hahahaha korang pernah tengok movie PK tak ? lakonan Aamir Khan dengan Anushka sharma. Filem ini sebenarnya mengisahkan tentang seorang alien datang kebumi sebagai seorang saintis tapiamat  menyedihkan apabila dia ditinggal oleh kapalnya dan dia punya remote control untuk panggil kapal pulak dicuri. Hahahaha tapi tu bukan sebenarnya yang hendak disampaikan , bagi aku cerita ni jauh daripada cliche as sapa sangka makhluk asing hilang remote control cari tuhan , orang panggil dia PK sebab dia nampak macam gila as PK tu maksud dia mabuk. Cerita ni memang fun to watch hahahaha.



    Pk ni (Aamir Khan) nampak bodoh teruk dalam cerita ni dengan matanya tengok kat atas je , bagi aku cita ni power la. Mungkin sebab director dia adalah director power yang buat 3 Idiot yang box office gila gila dulu. PK ni kalau sentuh manusia dia boleh boleh tahu isi hati orang tu and PK ni nampak innocent gila dengan muka bodoh dia yang paling aku suka part dia p curi duit daripada seluar orang tengah romennn hahahahah tu lawak gilaaa dia ingat duit tu memang untuk dia.




     Dulu aku tak minat sangat Aamir Khan ni , lepas aku tengok cerita 3 Idiot tu lah aku tertarik dengan pelakon berbakat gila babi ni , Kau bayangkan dia ni punya bodoh dalam movie PK tu nampak real terukk dengan bawak kelapa masuk church hahahahaha.






Nampak tak muka bodoh dia tu ? aku ingat dia ni gangster rupanya bodoh ala ala terencat gitu wahahaha

Gaming Life 2

       Aku ada main satu game lagi , tapi game ni aku main takde la hebat mana pun still taraf taraf newbie lagi, baru je start main pun cuma aku minat skin untuk setiap hero dalam tu , Game tu ala ala Dota la tapi bagi aku grafik lagi cantik , nama game tu Heroes of Newearth atau orang panggil Hon je selalu hahaha . Main pun time boring je ( konon). Game ni time Dota 2 tak keluar lagi atau pun time tu Dota 2 kena saman sebab copyright issues - either one sebab aku lupa dah. Masa aku main mula mula game ni berlambak orang main , mesti 100k ++ player. Kalau 'Q' pun kejap je jumpa game tapi sekarang ramai orang blah pergi main Dota 2 tapi aku tak kisah sangat sebab aku main hon untuk syok syok je pun tak de lah nak masuk tournament macam aku main MAT sebelum ni hahahahaha.
Tapi sekarang ni player Thai makin bersepah dan dorang ni jenis tak faham bahasa sikit , orang cakap english pun dorang akan stay dengan bahasa thai dia je lah , kadang menyampah terus maki wahahahaha , stress jugak main game ni sebab game ni main team , bila ada 2 atau 3 orang griefer dalam game memang mood pun spoil.. hurmmmmmmmmm




Ini adalah antara hero yang aku minat dekat hon:



Hero ni adalah initiator/ganker , memang syok kalau guna dia ni tapi senang counter

beli je nullstone settle terus


Hero ni pun sama iniator/ganker dan boleh counter dengan nullstone jugak tapi hero ni tak gila babi
Tapi skill dia memang susah and rate untuk miss tu tinggi hahahahaha






Hon ni ni game dia balance as semua hero ada counter dia and setiap hero dia akan ada role dia and player selalunya akan decide apa role untuk dipilih, as for aku , aku suka initiator/ganker sebab aku suka active game daripada AFK farm so basically game ni based on team not individually punya game , kalau team sucks kau kalah wahahahaha



-TAMAT-