Thursday, December 31, 2015

FYP Exhibition




   Untuk subject port-folio kami disarankan untuk buat exhibition , kalau tak mahu buat pun takpa tapi failed laa hahaha. Thesis yang aku cerita haritu pun kenalah buat poster untuk di exhibit kan. Kami ambik approval dari tingkat 30 from admin untuk tampal poster poster kat lif invite orang untuk memeriahkan lagi kami punya exhibition dan cari sponsor untuk baju kami sekali. Harap kat UniKL sponsor memang haramlah hahaha.Lagi satu , sound system pun ada orang sponsor hahaha hebat kan , oranglain semua pakai yang default je tapi kami sound system pun orang sponsor. Memang gila lah , bagi aku kami punya exhibiton memang meriah gila tapi masalahnya satu je , hari exhibiton yang ditetapkan tu exam week yang memang student semua tak sempat nak lepak sebab ada exam and depa pun serabut nak fikir exam lagi memang taklah kalau nak lepak melepek enjoy hahaha. Bagi aku benda ni jauh lagi syok dari exhibition sebelum ni yang ni lagi meriah as ada band yang perfom , suara pun boleh tahan and ada lecturer yang enjoy menyanyi sama sama and aku pun ada anjurkan game street fighter hahaha walaupun ada sorang je outsider yang masuk. Tapi dia pulak juara macam haram hurmmm.

          Hadiah untuk pemenang street fighter tu adalah 'percutuin ke gsc' bak kata aku punya emcee hahahaha macam haram. Memang sengit gila final bila kawan aku yang masuk bertanding street fighter tu memang tak pernah main pun street fighter sebelum tu tiba tiba pro babis hahahaha. Ape-apepun tahniah kepada pemenang yang ajet ajet cool je hahahaha. Tahniah....

     Dan and lecturer yang menyanyi sekali time exhibition , enjoy :)














Kami punya baju :)

     

3 comments:

Sunday, December 20, 2015

FYP thesis


      Hurmmm sebut nama thesis pun dah boringkan ? tapi apakan daya terpaksa buat demi markah , nak ikutkan hati memang lah malas nak buat semua tu tapi aku ni lain , bagi aku report lah benda yang aku tak payah nak pening kepala sebab selalunya nya time aku buat report lebih kurang sama dengan aku buat blog , aku just tulis apa yang ada kat dalam kepala aku so bagi aku benda tu tak membebankan sangat jika dibanding kan dengan subject lukis yang jauh lebih berat bagi aku , memang lah thesis ni ada  format gila gila tapi as long kau tahu apa yang kau buat and try guna bahasa sendiri aku rasa okey kot sebab lecturer nak tengok kau buat sendiri daripada kau copy paste bajet ayat power. Aku pun english berterabur tapi aku bedal je sampai ada lecturer yang kata ayat aku berterabur tapi dia nampak effort aku buat 100% dengan usaha sendiri without copy paste. Satu lagi lecturer aku ni pun jenis yang rajin baca satu satu so whats the point copy paste at the end kau akan kantoi jugak kan ? And takde reason untuk kau cakap kau tak pandai buat thesis sebab lecturer dah ajar semua siap suruh tulis depan sorang sorang macam mana nak buat citation dengan betul. Cuma mungkin sebab malas , and copy paste tu dah jadi trend student kot.


     So sampai bila kau nak copy paste ? memang lah susah nak buat thesis tapi kalau kau kerja nanti ditakdirkan kau kena buat report acaner ? or kau ada rancangan nak sambung master atau PhD yang required kau buat thesis , mau tak angau kau nak start balik dari awal. Atleast benda ni kau dah pernah buat. betul tak ? :)









-TAMAT-

5 comments:

Interview



      Aku haritu ponteng kelas sebab malas , motor rosak , train naik harga , keta overhaul so aku buat keputusan dok melepek kat rumah layan layan youtube sampai pukul 3 hahaha wasted teruk rasa. So aku memang aim aku haritu untuk tak mahu buat ape2 macam Bruno Mars kata " today I dont want to do anything" So memang aku lepak lah sambil layan youtube , keluar makan pun tak , masak maggi dengan hotdog je, game pun aku tak main haritu. Tuptup budak rumah aku datang mintak tolong berlakon satu video interview memang aku terkejutlah tetibe kena berlakon pulak , dah la jadi interviewer. Aku ni pulak jenis keras depan camera hahahahaha.Kawan aku ni cakaplah alaa tolong lah , cincai je sebab budak rumah aku semua gi kelas so tinggal dua orang je lagi yang tak gi kelas so terpaksa la kami berlakon kejap hahahha. Nasib baik camera DSLR budak rumah aku tu ade. Kawan aku ni pulak teammate dia baru cakap yang hari tu last submit video tu memang kalut la dengan haritu nak buat skrip , haritu jugak nak buat storyboard and haritu jugak nak edit last last memang cincai jadinya hahahaha. Bukan salah pelakon ye salah director.



Video tu sebenarnya tentang camna nak interview and apa nak dibuat and apa yang tak payah buat , so ni videonya, harap enjoy :)




-TAMAT-

0 comments:

Malaysia Kelisa Owner Club

    Hahahaha sebenarnya tak tahu nak cerita apo deh , so tulis laaa pasal kereta , kereta tak dak la lawa sangat tapi boleh . Baru ja angkat kereta ni pun , dapat rezeki sikit , nak angkat first hand myvi tak mampu , dapat kelisa pun okaylah.So nak dijadikan cerita , aku dah kumpul lama dah nak repair kancil yang usang makan dek usia dan apabila cukup duitnya aku pun call la mechanic yang juga kawan aku cakap nak tukar engine. Dia cakap okey nanti dia check store tengok half cut ada ke tak sebab dek keusangan kereta kancil aku tu , aku ingat ambik half-cut dari jepun terus and convert terus lepastu catlah. Tapi amat menyedihkan apabila pomen tu call balik cakap ada half cut 1000cc je and untuk makluman kancil aku hanya 660cc so in order aku nak masukkan enjin 1000cc aku perlu pakai disc brake belakang. So aku cakap hurmm takpelah seribu cc pun janji masuk and 1000cc lagi padu dari 850 kata aku dalam hati. Tup tup kawan aku si pomen tu cakap Disc brake belakang untuk kancil very rare and limited so harga pasaran boleh jadi sampai 800 fuhh gila babi so total untuk aku tukar enjin lebih kurang 7k. So kalau 7k baik aku angkat kelisa terus . Bincang dengan parent ape bagai tuptup mak aku setuju tambah 8k lagi untuk angkat kelisa , fuhh settle baik ambik kelisa.




       So aku call kawan kawan yg lain dan abang aku suruh tolong surver kelisa below 15 k, nasib aku baik gila babi sebab ada model kelisa Imago yang rare sekali nak jumpa sebab last model untuk kelisa sebelum di gantikan dengan Viva yang selalunya harga 15k keatas abang aku jumpa kat Seremban harga tak sampai 14k. Tapi masalah sekarang owner dia nak cash dan rumah dia dekat Seremban. Bapak jauh Seremban dan aku pun tak pernah sampai Nogori , boleh jadi sesat tuu. Tapi Alhamdulillah aku akhirnya dapat gak beli Kelisa tu , Dah dapat Kelisa apa lagi , join la kelab kawan aku Malaysia Kelisa Owner Club yang aku tak tampal pun sticker walhal ada je hahahaha so takde beza join ke tak club ni hahaahhah.





Beli beli je terus tinted 


Masuk 80% tinted baru macam anak raja siam wahahaha


HUH tak tinted pun dah lawa babeng dah perghhhhh


0 comments:

PK movie review

   Hahahaha korang pernah tengok movie PK tak ? lakonan Aamir Khan dengan Anushka sharma. Filem ini sebenarnya mengisahkan tentang seorang alien datang kebumi sebagai seorang saintis tapiamat  menyedihkan apabila dia ditinggal oleh kapalnya dan dia punya remote control untuk panggil kapal pulak dicuri. Hahahaha tapi tu bukan sebenarnya yang hendak disampaikan , bagi aku cerita ni jauh daripada cliche as sapa sangka makhluk asing hilang remote control cari tuhan , orang panggil dia PK sebab dia nampak macam gila as PK tu maksud dia mabuk. Cerita ni memang fun to watch hahahaha.



    Pk ni (Aamir Khan) nampak bodoh teruk dalam cerita ni dengan matanya tengok kat atas je , bagi aku cita ni power la. Mungkin sebab director dia adalah director power yang buat 3 Idiot yang box office gila gila dulu. PK ni kalau sentuh manusia dia boleh boleh tahu isi hati orang tu and PK ni nampak innocent gila dengan muka bodoh dia yang paling aku suka part dia p curi duit daripada seluar orang tengah romennn hahahahah tu lawak gilaaa dia ingat duit tu memang untuk dia.




     Dulu aku tak minat sangat Aamir Khan ni , lepas aku tengok cerita 3 Idiot tu lah aku tertarik dengan pelakon berbakat gila babi ni , Kau bayangkan dia ni punya bodoh dalam movie PK tu nampak real terukk dengan bawak kelapa masuk church hahahahaha.






Nampak tak muka bodoh dia tu ? aku ingat dia ni gangster rupanya bodoh ala ala terencat gitu wahahaha

3 comments:

Gaming Life 2

       Aku ada main satu game lagi , tapi game ni aku main takde la hebat mana pun still taraf taraf newbie lagi, baru je start main pun cuma aku minat skin untuk setiap hero dalam tu , Game tu ala ala Dota la tapi bagi aku grafik lagi cantik , nama game tu Heroes of Newearth atau orang panggil Hon je selalu hahaha . Main pun time boring je ( konon). Game ni time Dota 2 tak keluar lagi atau pun time tu Dota 2 kena saman sebab copyright issues - either one sebab aku lupa dah. Masa aku main mula mula game ni berlambak orang main , mesti 100k ++ player. Kalau 'Q' pun kejap je jumpa game tapi sekarang ramai orang blah pergi main Dota 2 tapi aku tak kisah sangat sebab aku main hon untuk syok syok je pun tak de lah nak masuk tournament macam aku main MAT sebelum ni hahahahaha.
Tapi sekarang ni player Thai makin bersepah dan dorang ni jenis tak faham bahasa sikit , orang cakap english pun dorang akan stay dengan bahasa thai dia je lah , kadang menyampah terus maki wahahahaha , stress jugak main game ni sebab game ni main team , bila ada 2 atau 3 orang griefer dalam game memang mood pun spoil.. hurmmmmmmmmm




Ini adalah antara hero yang aku minat dekat hon:



Hero ni adalah initiator/ganker , memang syok kalau guna dia ni tapi senang counter

beli je nullstone settle terus


Hero ni pun sama iniator/ganker dan boleh counter dengan nullstone jugak tapi hero ni tak gila babi
Tapi skill dia memang susah and rate untuk miss tu tinggi hahahahaha






Hon ni ni game dia balance as semua hero ada counter dia and setiap hero dia akan ada role dia and player selalunya akan decide apa role untuk dipilih, as for aku , aku suka initiator/ganker sebab aku suka active game daripada AFK farm so basically game ni based on team not individually punya game , kalau team sucks kau kalah wahahahaha



-TAMAT-

0 comments:

Wednesday, December 16, 2015

FYP poster

     Hurmmm apakan daya bila lecturer suruh buat terpaksa buat , tapi nasib baik aku minat buat poster wahahahahah tak la kalut sangat benda simple camni , ni suruh buat benda merapu tu yang buat kalut sikit , setakat poster huh kacang hahahahaha. Poster tu tentang FYP kami yang mana akan kami present nanti , sebagai contoh - FYP aku sebuah short animation bertajuk Space Limit , so poster kena nampak menarik dan berkaitan dengan short film alaaa macam poster movie biasalerrr cuma ni tentang FYP kami.







Ni adalah antara poster poster yang aku propose kan


aku takde idea sebenarnya so lukis lah balik buat dia dok dalam kurungan hahahaha


Gambar jet tu aku render image daripada 3D model jadilah ni






Nampak Star Wars tak ? ahahahahhaa


'WHERE THE SPACE IS THE LIMIT'

Setelah dipresentkan kepada Mr.M dan Alhamdulillah hampir semua diapprovekan oleh beliau dan beliau suruh aku pilih sendiri , nampak tak bakat aku wahahahaha , sorry MR.M terpaksa riak sikit sebab saya memang hebat lagi padu hahahahahaha

0 comments:

Stop motion study

Stop motion ni sebenarnya gambar bergerak buat video , kena shoot satu-satu , Perit gila baq hianggg , satu malam tak tidoq dok buat benda alahhh ni dah la esok tu tournament , tapi nasib baik siap ontime , kena puji pulak tuuu wahahahahaha , Kami padu kot hang apa tahu , betui tak loghat kedah aku ? hehehehe . Uihhh penat sangat aihhh dok menulih , aku buat benda alah ni pun sebab terpaksa zzzzzzzzzzzzzz . Aihhh tak taw nak tulis apa dah ni , tulis pendek kan kantoi dah la banyak markah buat blog ni.



     Stop motion ni benda renyuh memang tak leh buat sorang , ada yang buat sorang tapi yg memang bebai gila lah hahahaha , bagi aku benda ni menarik kalau jadi tapi kalau tak jadi , dia akan jadi taik. Yang paling aku meluat sekali ialah tang nak animate tu , hg tak nampak error tu selagi hg tak tengok frame by frame beribu tu frame , mampuih nak tengok satu satu , hang bukan tak tahu benda bila 10 saat pun kalau frame by frame mampuih woiiii .




Ni adalah final stop motion kami




Rasa berbaloi buat bila tengok stop motion ni hahahahahahaha

1 comments:

PHOTOGRAPHY

     Aku sebenarnya tak berapa suka photography, masa aku ambik subject ni pun time sem 2 . Time tu aku fikir ahhh redah je lah , bukan nak ambik peduli sangat pun pasal photo. Yang paling aku benci tentang kelas ni sebab kos yang agak mahal. Kau bayangkan lah kamera DSLR tu bukan murah dan bukan semua mampu. Lepastu kena print artwork bagai. Duit weiii.


     Seminggu sekali ada assignment photo , print dah la RM13 siap frame . Sakit wei , nasib baik jugaklah camera boleh pinjam , tapi kau fikirlah camera orang bukan macam kita , bukan boleh pinjam sesuka hati je , tunggu orang lain siap baru boleh pinjam , tu yang shit tu. Aku kadang kadang terpaksa buat last minute sebab owner nak pakai dulu. Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar.


Tapi masalahnya bila Final , semua kalut nak pakai camera sebab Final kena dapat approval dulu baru boleh print and for your information final photo requirement dia tinggi , kena gabung semua apa yang kami belajar. Aku dah la masuk kelas sembang je. Tapi nasib baik aku antara yang terbaik dan aku tak tahu macammana padahal 5 kali lebih kena reject. Based on luck kot wahahahahahaha.







Ni antara photo aku yang dipilih , HDR je pun

Ni kat chowkit , orang pelik je aku ambik gambar kat tengah tengah chowkit

 hahahahaha tapi buat selamba babi jelah wahahaha


Tengok muka hakak tu pelik je dok usha aku , ahhh peduli


Wuuu silau mas naikk , ni antara sir aku puji tanpa dijilat hehehe


Cahaya hijau tu sebenarnya lampu je tapi bil buat HDR cahaya dia naik :)


Haaaa mesti korang kenalkan tempat ni , Danau kota brooooooo



0 comments: