Wednesday, November 18, 2015

KEGEMUKAN

    Aku time sekolah takdelah gemuk sangat tapi bila dah habis STPM gemuk aku makin bertambah sebab dok rumah makan tido je sebab time tu aku tak plan nak sambung belajar lagi. So , memang aku tak lepak mana mana sebab kawan kawan pun banyak yang sambung study, and yang tak sambung study pulak kerja. Time ni lah aku start main game and jarang keluar rumah asyik mengadap computer je. Apalagi , keluar keluar gua je ramai kawan cakap aku makin berisi. hurmmm redho je lah . Aku ada jugak try diet 3-4 kali tapi selalu putus asa tengah jalan hahaha.


    So setelah sekian lama mengemukkan diri akhirnya aku apply ke unikl pulak selepas aku blah dari UITM , and aku ingat lagi time tu aku masuk time bulan puasa so aku terpaksa jalan kaki dari hostel ke kampus yang jaraknya agak jauh bagi aku yang kalau boleh nak gi dapur pun nak naik motor. Time tu aku dah rasa dah nak bawak motor tapi aku fikir kat hostel tak selamat nak park so aku hold la niat aku daripada nak bawak motor daripada Kelantan ke KL. Memang tak dinafikan setelah sebulan berpuasa dan berjalan kaki ke kampus badan aku semakin susut.


    Tapi malangnya tak lama sebab habisnya bulan puasa aku start bina badan balik hahaha and masuk je rumah sewa dengan adanya motor dan tambahan duit MARA hurmmm memang menjadi jadi la aku punya berat badan hahahahahaha

0 comments: