Wednesday, November 18, 2015

Seuntai Kata Untuk Dirasa

















SEGAR DIINGATI


Usia aku yang belum matang , yang masih lagi berumur 17 tahun yang tergiang-giang berdiri elak tombang dek herdek pekikan yang digeruni,
yang masih lagi meminta duit kocek dari ayah ibu untuk kesana kemari. Si Teruna Yang Bernama 'Aku' Sibuk nak bercinta juga seperti
anak-anak seusianya juga.


Habis Sekolah selalunya anak-anak degil seperti aku akan mula mencari pekerjaan sementara menunggu untuk disambungkan
pelajaraannya ke menara gading,
aku pilih JUSCO untuk aku bekerja dan aku memilih jawatan BAKER iaitu tugasannya hanya membakar roti sahaja,pekerjaan berat kerana ia bermain dengan oven yang panas dan kena perlu berjaga-jaga kerana sebelum aku kerja disitu pernah menjadi kebakaran kecil.


Masuk kerja Balik kerja,Masuk kerja Balik kerja, itulah rutin aku setiap hari,aku bosan dan semakin bosan seperti ingin terus pergi dari sini
dan terus masuk bilik relax-relax kacang sahaja,bukankah lagi enak kalau dapat hidup seperti itu, bosan yang rungutkan itu akan hilang
kerana aku telah ternampak satu gadis bermata kebiruan ,aku jatuh cinta untuk kali kedua. " Sial Lawa Sial,aduh camne ek ?.." aku yang berbisik
hati aku sendiri, lantas aku menuju ke shahrul,shahrul salah seorang kawan yang juga kerja satu bahagian dengan aku ,orangnya tinggi
lampai berjanggut dan kurus " shahrul ko tengok awek tu ! camne eh aku nak usha ?.. " kata aku . shahrul gelak seperti soalan
yang aku bagi tadi tu macam soalan paling bodoh aku pernah tuju kat dia " weii aku serius nie la,sial la kau ! .. " lantas shahrul
henti gelak " macam nie je ko malu kan . ko tulis la nombor telepon ko kat kertas ko kasi la kat dia "..
tanpa buang masa
aku terus cari kertas dan pen aku tuliskan nombor telefon aku di atas kertas yang sedikit kotor kerana minyak-minyak yang berserak
di atas meja.


aku senyum dan teruskan senyuman . melihat refleksi peti ais yang memantulkan rupa aku,aku rasa macam aku buat-buat pula
senyuman aku ni, arghh lantak la . aku genggam ketakutan aku terus ke arah dia . aku senyum dia berwajah hairan,
Aku bersuara " awak nah !.." sambil aku tutup mata pipi terangkat cuba control macho, dia ambil kertas berminyak itu dan melihat
ada digit-digit yang cukup sepuluh dan nota yang berbunyi ' suka awak tapi saya malu ' . aku dengan laju menggerakkan kaki aku
terus masuk kedalam , Pheuww legaa..


hari petama . telefon tidak berbunyi , situasi di tempat kerja seperti kelam . dia seperti tidak menunjukkan reaksi,
hari kedua, telefon tidak berbunyi , situasi di tempat kerja seperti neraka , dia langsung tak pandang aku
perasaan malu aku mengatasi tahap maksima . aku lebih rela di heretkan muka aku ke jalan tar yang masih
panas ,supaya muka hancur dari menanggung situasi ini .
hari ketiga , prritt prritt ! ! telefon berdering pesanan dari dia . aku melonjak seperti orang gila yang baru lepas dapat
makan , satu hari aku senyum di tempat kerja ,bukan sehari malah hari-hari !


aku semakin rapat dengan dia ,semakin hari semakin intim .aku bertanyakan soalan untuk mengajak dating , " awak hari minggu free? keluar jom "
dia melihat aku dengan senyuman , aku seperti ragu-ragu takut ditolak pelawaan aku tu , " okay hari minggu jumpa kat city square okay ? "
aku senyum bahagia ,


Hari minggu datang lagi,aku bersiap pakai wangi-wangi aku berkemejakan kuning kotak-kotak ala-ala skinhead atau punk suka
pakai pada zaman itu .sampai aku destinasi menunggu dia .dia bertudung hijau bercardigan hitam aku terus ke arah dia.
aku senyum dan dia pun senyum, aku dan dia pun membuat pusingan secara perlahan mengelilingi shopping mall itu .
Masa seperti terhenti aku merasakan detik itu hanya aku dan dia sahaja yang ada,melihat keadaan sekeliling seperti perlahan sangat
seperti hampir tidak bergerak,aku melihat dia ceria, " awak jom makan lapar la. " dia senyum sahaja aku terus membawa dia
ke mcdonald kami memesan makanan dan terus duduk di sudut yang paling hujung,


biasalah kalau makan memang pastilah aku cover macho kan . aku dan dia berbual macam-macam , tentang kerja , tentang
hidup, pelajaran, cita-cita, tentang kita. senyum sahaja pada waktu itu . indah sangat hari tu lagi-lagi masa aku buat dia ketawa
ceria . terus tangan dia menarik rambut aku dengan penuh kemanjaan dan senyuman,mengulung-gulungkan rambut aku
mencubit-cubit aku , sakit ke cubitan itu biarlah sakit macamana pun asalkan dia yang cubit,kalau dia cubit aku bermakna
dia ada disisi aku , dan aku ingin dia selalu ada disisi.




setiap hari aku menemani dia pulang,bukan hantar dia pulang ke rumah tapi menemani dia tunggu ayah dia ambil pulang
menunggu volvo itu . bergurau senda gelak ketawa . memang indah saat itu .


selang beberapa bulan aku tidak pasti bagaimana aku putus hubungan dengan dia .seperti tidak berkawan seperti
tidak mengenali , aku cukup bingung aku tak dapat panggil memori itu kembali. aku tidak pasti tidak pasti


2011


Dia muncul semula, meminta aku mencari kan dia kerja . sambil aku menolong dia, aku dan dia semakin rapat
semula ,biasalah gurauan itu mesti ada . 7 jam waktu tidur aku tu aku tukarkan kepada waktu aku bergayut dengan dia,
handphone aku yang selalunya tidak berbunyi dengan kerap kini selalu berbunyi,yang dulu aku biasa-biasa sahaja,
kini aku tersenyum sahaja. kami rapat-semakin rapat


aku demam mata merah selesema bagai tiada henti , Telefon aku berdering-dering .tertera nama dia, aku tersenyum terus mengangkat
"yess ? " sambil senyum hingga ke telinga, dia ingin mengajak aku keluar , terus demam aku selesema aku baik sekelip mata.
Ya cinta boleh buat kita lupa segalanya .sampai aku demam pun aku boleh lupa . myvi putih datang menjemput aku dirumah
masuk kereta aku senyum dia senyum . dan terus ke destinasi semasa dalam kereta . dia menjadi seorang lain ,dia berubah serius
dia mulakan kata-katanya " u i sakit ? " aku seperti tergamam dan dalam hati aku berbisik ' tiba-tiba sakit pula ' " u i ada leukimia
tahap satu " leukimia adalah sejenis penyakit cancer yang kalau dah diberi nama cancer memang boleh bawa pesakitnya ke dalam tanah.


" eh u jangan main-main lah ! " sambil aku tersenyum mengharapkan penyataan dia tadi hanya sekadar gurauan, tidak semena-mena
air mata beguguran membasahi pipinya,matanya dari putih menjadi merah . aku terdiam terkedu " eh u jangan camni relax la , semua kat tangan tuhan "
aku cuba memujuk, sambil suara yang semakin serak dan tekaknya yang semakin membasah dia balas " haha takde ape lah i saje je u, u ni
takut sangat " sambil dia cuba mengukir senyuman yang nampak palsu .


beberapa hari kemudian dia hantar pesanan ringkas " u mungkin boleh buat i happy , tapi i tak boleh buat u happy " ...
selang lagi beberapa hari bulan " u i ontheway ke k.l family matters .anything i call u "
itu pesanan dia yang terakhir buat aku . dia terus menghilangkan diri .


bila aku nonton filem ` a walk to remember `
aku rasa cerita dia seperti aku dan dia ..


-tamat-

0 comments: