Wednesday, November 18, 2015

Motto Hidup








hahaha bunyi macam 'motor masih hidup, motor masih hidup' tapi sebenarnya bukan , moto hidup jugak dikategorikan sebagai visi diri.

Apakah itu motto? hmm...pastinya bukan 'motosikal' ataupun 'aji no moto' yang selalu digunakan sebagai salah satu bahan dalam masakan... ;P Motto hidup ni kira macam prinsip dalam hidup seseorang la...lain orang, lain motto dan gayanya...misal kata ada orang yang memang tak suka orang yang tak menepati janji...memang dia akan hangin satu badan kalau berhadapan dengan sesiapa yang tak menepati janji..

Motto hidup aku ialah 'TETAPKAN MATLAMAT, BULATKAN TEKAD, USAHA SAMPAI DAPAT'...motto ni wujud apabila aku berada dalam tingkatan 5...masing2 harus tulis motto hidup sendiri kat profil masing2 kat majalah sekolah...puas jugak aku berfikir nak letak motto apa...dalam hal macam ni, aku agak serius sebab memikirkan ada beberapa ribu orang termasuk famili aku yang akan baca profil aku lebih2 lagi aku ni adalah orang yang agak dikenali di sekolah (bukan bangga diri, tapi nak bagi tahu kenyataan)...huhuhu..

Aku pun rujuk la majalah2 sekolah yang lepas2...aku tengok motto dorang...macam2...ada yang lawak, ada yang serius macam aku jugak...contoh yang lawak, ' Aku hidup dalam blues, Saya hensem'..hahaha...maybe dorang main2 je atau sengaja, tu aku tak tahulah...sebab aku tak tanya pun dorang..hehehe..contoh yang serius pulak, 'Katakanlah kebenaran walaupun pahit'...dah masuk bab agama dah..tapi memang bagus kalau dijadikan pegangan hidup..contoh lain, 'Tiada kejayaan tanpa usaha'...

Nak mencari motto, aku fikir apa yang aku nak buat dan sejauh mana kesungguhan aku...jadi, terhasillah motto milik aku seperti yang kat atas...benar, itulah yang menjadi pegangan aku sekarang iaitu aku akan tetapkan sesuatu matlamat...kemudian aku akan bertekad untuk capai matlamat tersebut dan akan berusaha sampailah aku dapat merealisasikannya...InsyaALLAH, kalau kita bersungguh2 dalam apa yang kita lakukan, kita akan berjaya...tapi dengan izin Allah la sebab Dia adalah sebaik2 perancang...so, apa motto hidup korang? kalau yang dah ada, bagus la..tapi mana yang belum ada, sila2 la fikirkan..bukan apa, biar motto tu boleh menjadi dorongan kepada kita untuk beroleh kejayaan...

Sekian...

0 comments: